Bertempat di perkarangan Masjid Al-Muhajirin Penjara Sungai Udang, Melaka pada 30 Oktober 2015 (Jumaat) telah diadakan Majlis Jamuan Rakyat kali ke 2 bagi tahun 2015 kepada jemaah masjid. Program yang ringkas ini bertujuan untuk menghargai jasa para jemaah yang banyak membantu pihak pengurusan masjid dalam menjayakan program, aktiviti dan pembangunan pendidikan serta program ilmiah Masjid Al-Muhajirin, Penjara Sungai Udang, Melaka. Makanan tersebut telah diedarkan kepada jemaah khariah masjid selepas solat Jumaat diadakan. Melalui program sebegini pihak pengurusan Masjid Al-Muhajirin, Penjara Sungai Udang, Melaka dapat mengeratkan hubungan silaturahim dengan masyarakat khariah setempat di Mukin Sungai Udang, Melaka.
""